Inilah akibatnya terlebih dos minum air botol dengan garam

Mungkin inilah akibatnya jika terlebih dos minum air botol dengan garam

Rasa macam tak nak percaya, tapi tak boleh! Kalau tak percaya, cuba baca kisahnya berikut.

Penanda aras ikut Westminister?

Pilihan raya: ‘Penanda aras kita Westminster’

KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada cadangan sama ada dari dalam atau luar negara dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kredibiliti atau pengiktirafan pemberi cadangan bukan soal pokok kerana apa yang penting mereka memberi cadangan positif yang mampu membantu usaha tersebut.

“Kita terbuka, bagi kita sesiapa juga tidak kira daripada mana mahu membantu ke arah pilihan raya adil dan bebas di negara ini akan sentiasa kita terima mereka dengan tangan terbuka.

“Telah disebut berkali-kali kerajaan sendiri mahu pilihan raya yang adil dan bebas,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mempersoal kredibiliti pasukan ‘Misi Mencari Maklumat Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya di Malaysia’ terutamanya anggotanya Senator Nick Xenophon dari Australia.

Misi pada April lepas itu merupakan sebuah usaha pencarian fakta terhadap pilihan raya di Malaysia yang dijemput Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut terlibat dalam menetapkan terma rujukan misi itu. Amalan ini adalah di luar kebiasaan, malah anggota misi juga dipilih khusus.

Xenophon, iaitu seorang daripada tujuh anggota misi itu, merupakan antara 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan pada Februari 2010. Xenophon juga sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai ‘Kangaroo Court’.

Semasa menjalankan misi itu, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata ditujukan ke arahnya; dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan ‘autoritarian.’

Mengulas berkenaan cadangan daripada anggota misi itu, Mohamed Nazri berkata, Malaysia tidak boleh menetapkan penanda aras pilihan raya di negara ini berdasarkan negara anggota misi itu seperti Pakistan dan Bangladesh.

“Penanda aras kita ‘Westminster’ (Parlimen United Kingdom), model kita Westminster, apa sahaja dilakukan Westminster kita ikut selain acuan
tempatan,” katanya.

Menjawab soalan asal Anwar berhubung maklum balas kerajaan terhadap laporan interim yang dikemukakan misi itu, beliau berkata perkara yang dibangkitkan dalam laporan itu pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Ia dibangkitkan dalam Bersih 2.0, Bersih 3.0, Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan sering dibangkitkan dalam Mesyuarat parlimen sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

“SPR (Suruhjaya Pilihan Raya) telah memaklumkan bahawa sebahagian pandangan dan saranan tersebut telah diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan bagi melaksanakannya mengikut masa, keadaan serta kemampuan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata kerajaan telah memberi ruang seluasnya dan masa yang mencukupi kepada pasukan itu untuk meneliti proses pilihan raya di Malaysia.

“Semasa perjumpaan saya dengan mereka, tiada apa-apa perkara yang tidak puas hati, saya beri peluang jelas tanya soal kepada saya, segala soalan saya jawab tepat dan betul.

“Ada (cadangan) kita tak mampu lakukan sekarang seperti membersih senarai daftar pemilih perlu masa kerana setiap hari ada orang mati dan bankrap… kita hormat pasukan ini dijemput Permatang Pauh kerana beliau Ketua Pembangkang,” katanya. – Bernama

Ulasan:

Kenapa dikatakan rasa macam tak nak percaya?

1. Wakil rakyat tersebut tak tahu apa pun yg diperkatakannya.

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kredibiliti atau pengiktirafan pemberi cadangan bukan soal pokok kerana apa yang penting mereka memberi cadangan positif yang mampu membantu usaha tersebut.

“Kita terbuka, bagi kita sesiapa juga tidak kira daripada mana mahu membantu ke arah pilihan raya adil dan bebas di negara ini akan sentiasa kita terima mereka dengan tangan terbuka.”

 

Tapi, lepas itu berdolak-dalik pulak.

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Mengulas berkenaan cadangan daripada anggota misi itu, Mohamed Nazri berkata, Malaysia tidak boleh menetapkan penanda aras pilihan raya di negara ini berdasarkan negara anggota misi itu seperti Pakistan dan Bangladesh.

“Penanda aras kita ‘Westminster’ (Parlimen United Kingdom), model kita Westminster, apa sahaja dilakukan Westminster kita ikut selain acuan
tempatan,” katanya.”

 

Jadi, mana satu yang betul ni?

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Mohamed Nazri berkata kerajaan telah memberi ruang seluasnya dan masa yang mencukupi kepada pasukan itu untuk meneliti proses pilihan raya di Malaysia.

“Semasa perjumpaan saya dengan mereka, tiada apa-apa perkara yang tidak puas hati, saya beri peluang jelas tanya soal kepada saya, segala soalan saya jawab tepat dan betul.”

 

Sudahnya, bercakap macam orang meroyan?

Buktinya: (petikan laporan di atas)

Ada (cadangan) kita tak mampu lakukan sekarang seperti membersih senarai daftar pemilih perlu masa kerana setiap hari ada orang mati dan bankrap… kita hormat pasukan ini dijemput Permatang Pauh kerana beliau Ketua Pembangkang,” katanya.

 

2. Sehari sebelum itu, wakil rakyat ni trauma dengan air botol dan garam.

Botol air mineral dan garam boleh tumbangkan kerajaan?

KUALA LUMPUR 13 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengingatkan bahawa garam dan botol air mineral yang digunakan semasa demonstrasi Bersih 3.0 lalu berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan.

Menurut beliau semua pihak tidak boleh memandang remeh kuasa garam dan botol air mineral kerana ia berkemungkinan boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan tersungkurnya kerajaan Mesir, Tunisia dan Libya.

“Jangan memandang remeh kuasa garam dan botol air mineral kerana saya nak beritahu, kerajaan yang jatuh di Mesir dan Tunisia disebabkan telefon bimbit.

“Bermakna dengan botol, kalau rakyat tak mahu sokong dia boleh jatuh juga,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

 

Sumber penuh berita di atas boleh dilihat : di sini (klik)  dan di sini (klik)

 

Dawn Raid: Projek Serbuan Subuh

Mengikut takrif kamus dalam istilah kewangan: (Rujuk di atas)

Dawn Raid ialah pembelian/ pengambilalihan semua saham syarikat yang jadi sasaran ketika pasaran mula dibuka. Teknik serbuan ini membolehkan pembeli mendapatkan sebahagian besar saham syarikat sasaransebelum syarikat tersebut menyedarinya.

Teknik ini telah digunakan oleh Malaysia ketika cuba menguasai semula hak milik negara dengan membeli saham Sime Darby, Gutrie dan Golden Hope ketika pasaran London Stock Exchange (LSE) mula dibuka.

Kisahnya secara ringkas:

Projek hebat ini berlaku pada September 1981 apabila Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan mengambil alih Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (ketiga-tiganya syarikat British) melalui projek khas yang dikenali sebagai Projek Serbuan Subuh (Dawn Raid) dengan membeli saham di London Stock Exchange (LSE) pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Projek ini bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah turut mengambil alih tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.

Ada sumber mengatakan bahawa pada April 1981, Tun Mahathir melancarkan Amanah Saham Nasional dengan tujuan bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan projek Dawn Raid ini. Lima (5) bulan kemudian (September 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Pelaburan ASN, ini amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

London Stock Exchange

Perdana Menteri Britain, Margeret Thatcher amat berang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut.

Kejadian ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain kerana dengan bongkaknya enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun Mahathir amat berani melaksanakan Projek Dawn Raid sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang-ndang ekonomi antarabangsa walaupun dibantah oleh kerajaan Britain.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah diaibkan atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan  pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen “Buy British Last” dan memperkenalkan “Dasar Pandang Ke Timur” yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

FGVHB vs Sime Darby

Peristiwa Dawn Raid Bakal Berulang?

fgvhb-konglomerat? dawn raid?

FGVHB bakal jadi konglomerat komoditi terbesar dunia

LONDON 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjanjian kerjasama strategik antara Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) dan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte. Ltd. (LDCA) serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Vitol Group akan menjadikan syarikat perladangan kelapa sawit itu muncul sebagai konglomerat komoditi antarabangsa terbesar di dunia.

Menurut beliau, sebahagian daripada strategi baru Felda berikutan dengan penyenaraian FGVHB ialah untuk menjadikannya sebagai syarikat komoditi terbesar daripada peringkat peladangan hingga pemasaran.

”Pasarannya di luar negara termasuk di Eropah, Asia Barat dan Rusia dan ini memerlukan kita menggabungjalinkan Felda dan FGVHB dengan syarikat komoditi yang mempunyai rangkaian dan mengetahui selok-belok penyenaraian komoditi.

”Saya yakin dan percaya dengan wujudnya kerjasama strategik ini Felda Global Ventures boleh muncul sebagai syarikat komoditi terbesar di dunia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Najib menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Felda dan FGVHB, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGVHB, Datuk Sabri Ahmad, manakala Louis Dreyfus Holdings diwakili oleh Pengerusinya, Baroness Margarita Louis-Dreyfus, Presiden dan CEO Kumpuan Vitol, Ian Taylor.

Perjanjian FGVHB dengan Louis Dreyfus membabitkan kerjasama dalam urusan perladangan dan pemasaran iaitu FGVHB ialah sebagai pengeluar dan pemproses minyak mentah sawit (CPO) dan LDCA sebagai pengeluar minyak bertapis dan barangan pengguna.

Sementara itu, MoU antara FGVHB dan Kumpulan Vitol ialah perjanjian yang melibatkan kerjasama bagi membekal, perdagangan antarabangsa, operasi logistik dan pengurusan risiko.

FGVHB ialah syarikat langsung Felda yang terlibat dalam pertanian global dan komoditi yang beroperasi di 10 negara dan buat masa ini pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia. Ia menguruskan 343,521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta metrik tan kelapa sawit pada 2011.

Vitol pula yang ditubuhkan di Rotterdam, Belanda terbabit dalam pasaran tenaga dunia dan perdagangan komoditi. Ia juga ialah antara pengendali kapal tangki minyak dan minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

(sumber beritanya di sini : klik)

Ulasan:

Persoalan yg perlu dijelaskan dan diteliti terlebih dahulu oleh golongan terbabit:

  1. Mengapa wakil rakyat ini sanggup mempertaruhkan nasib peneroka FELDA dan negara secara amnya?
  2. Sepatutnya wakil rakyat mendengar apa jua bantahan / sokongan daripada orang ramai terlebih dahulu tapi penyenaraian Fgvhb tetap diteruskan secara tergesa-gesa : sebaliknya orang ramai yg sebagai pengundi yg memberikan amanah kepadanya dimaki “Haram Jadah” apabila membantah tindakan tersebut?
  3. Apa tindakan yg diambil untuk mengelakkan peristiwa Dawn Raid terjadi pula kepada FGVHB?
  4. Adakah cukup sekadar kerajaan memberi jaminan bahawa nasib peneroka dipelihara? Mana hitam putihnya?
  5. Adakah kerajaan (parti yg memerintah sekarang) yakin boleh terus memerintah pada masa hadapan untuk membetulkan apa jua kesilapan ini?