Mungkin inilah akibatnya jika terlebih dos minum air botol dengan garam

Rasa macam tak nak percaya, tapi tak boleh! Kalau tak percaya, cuba baca kisahnya berikut.

Penanda aras ikut Westminister?

Pilihan raya: ‘Penanda aras kita Westminster’

KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada cadangan sama ada dari dalam atau luar negara dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kredibiliti atau pengiktirafan pemberi cadangan bukan soal pokok kerana apa yang penting mereka memberi cadangan positif yang mampu membantu usaha tersebut.

“Kita terbuka, bagi kita sesiapa juga tidak kira daripada mana mahu membantu ke arah pilihan raya adil dan bebas di negara ini akan sentiasa kita terima mereka dengan tangan terbuka.

“Telah disebut berkali-kali kerajaan sendiri mahu pilihan raya yang adil dan bebas,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mempersoal kredibiliti pasukan ‘Misi Mencari Maklumat Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya di Malaysia’ terutamanya anggotanya Senator Nick Xenophon dari Australia.

Misi pada April lepas itu merupakan sebuah usaha pencarian fakta terhadap pilihan raya di Malaysia yang dijemput Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut terlibat dalam menetapkan terma rujukan misi itu. Amalan ini adalah di luar kebiasaan, malah anggota misi juga dipilih khusus.

Xenophon, iaitu seorang daripada tujuh anggota misi itu, merupakan antara 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan pada Februari 2010. Xenophon juga sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai ‘Kangaroo Court’.

Semasa menjalankan misi itu, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata ditujukan ke arahnya; dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan ‘autoritarian.’

Mengulas berkenaan cadangan daripada anggota misi itu, Mohamed Nazri berkata, Malaysia tidak boleh menetapkan penanda aras pilihan raya di negara ini berdasarkan negara anggota misi itu seperti Pakistan dan Bangladesh.

“Penanda aras kita ‘Westminster’ (Parlimen United Kingdom), model kita Westminster, apa sahaja dilakukan Westminster kita ikut selain acuan
tempatan,” katanya.

Menjawab soalan asal Anwar berhubung maklum balas kerajaan terhadap laporan interim yang dikemukakan misi itu, beliau berkata perkara yang dibangkitkan dalam laporan itu pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Ia dibangkitkan dalam Bersih 2.0, Bersih 3.0, Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan sering dibangkitkan dalam Mesyuarat parlimen sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

“SPR (Suruhjaya Pilihan Raya) telah memaklumkan bahawa sebahagian pandangan dan saranan tersebut telah diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan bagi melaksanakannya mengikut masa, keadaan serta kemampuan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata kerajaan telah memberi ruang seluasnya dan masa yang mencukupi kepada pasukan itu untuk meneliti proses pilihan raya di Malaysia.

“Semasa perjumpaan saya dengan mereka, tiada apa-apa perkara yang tidak puas hati, saya beri peluang jelas tanya soal kepada saya, segala soalan saya jawab tepat dan betul.

“Ada (cadangan) kita tak mampu lakukan sekarang seperti membersih senarai daftar pemilih perlu masa kerana setiap hari ada orang mati dan bankrap… kita hormat pasukan ini dijemput Permatang Pauh kerana beliau Ketua Pembangkang,” katanya. – Bernama

Ulasan:

Kenapa dikatakan rasa macam tak nak percaya?

1. Wakil rakyat tersebut tak tahu apa pun yg diperkatakannya.

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kredibiliti atau pengiktirafan pemberi cadangan bukan soal pokok kerana apa yang penting mereka memberi cadangan positif yang mampu membantu usaha tersebut.

“Kita terbuka, bagi kita sesiapa juga tidak kira daripada mana mahu membantu ke arah pilihan raya adil dan bebas di negara ini akan sentiasa kita terima mereka dengan tangan terbuka.”

 

Tapi, lepas itu berdolak-dalik pulak.

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Mengulas berkenaan cadangan daripada anggota misi itu, Mohamed Nazri berkata, Malaysia tidak boleh menetapkan penanda aras pilihan raya di negara ini berdasarkan negara anggota misi itu seperti Pakistan dan Bangladesh.

“Penanda aras kita ‘Westminster’ (Parlimen United Kingdom), model kita Westminster, apa sahaja dilakukan Westminster kita ikut selain acuan
tempatan,” katanya.”

 

Jadi, mana satu yang betul ni?

Buktinya: (petikan laporan di atas)

“Mohamed Nazri berkata kerajaan telah memberi ruang seluasnya dan masa yang mencukupi kepada pasukan itu untuk meneliti proses pilihan raya di Malaysia.

“Semasa perjumpaan saya dengan mereka, tiada apa-apa perkara yang tidak puas hati, saya beri peluang jelas tanya soal kepada saya, segala soalan saya jawab tepat dan betul.”

 

Sudahnya, bercakap macam orang meroyan?

Buktinya: (petikan laporan di atas)

Ada (cadangan) kita tak mampu lakukan sekarang seperti membersih senarai daftar pemilih perlu masa kerana setiap hari ada orang mati dan bankrap… kita hormat pasukan ini dijemput Permatang Pauh kerana beliau Ketua Pembangkang,” katanya.

 

2. Sehari sebelum itu, wakil rakyat ni trauma dengan air botol dan garam.

Botol air mineral dan garam boleh tumbangkan kerajaan?

KUALA LUMPUR 13 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengingatkan bahawa garam dan botol air mineral yang digunakan semasa demonstrasi Bersih 3.0 lalu berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan.

Menurut beliau semua pihak tidak boleh memandang remeh kuasa garam dan botol air mineral kerana ia berkemungkinan boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan tersungkurnya kerajaan Mesir, Tunisia dan Libya.

“Jangan memandang remeh kuasa garam dan botol air mineral kerana saya nak beritahu, kerajaan yang jatuh di Mesir dan Tunisia disebabkan telefon bimbit.

“Bermakna dengan botol, kalau rakyat tak mahu sokong dia boleh jatuh juga,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

 

Sumber penuh berita di atas boleh dilihat : di sini (klik)  dan di sini (klik)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s