Terdiri daripada:

  1. Sistem Undang-undang
  2. Sistem Kehakiman
  • Sistem Undang-Undang

Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia.

Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

Sejarah perundangan Malaysia

Sebelum tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, kebanyakan undang-undang United Kingdom diimport lalu sama ada disesuaikan menjadi perundangan tempatan atau digunakan sebagai undang. Undang-undang Malaysia juga berasaskan bidang kuasa lain seperti Australia dan India. Undang-undang jenayah di Malaysia, iaitu Kanun Prosedur Jenayah, berasaskan kanun jenayah India. Begitu juga, Akta Kontrak juga berdasarkan model India. Undang-undang hartanah Malaysia pula berasaskan sistem Torrens Australia.

Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan, ialah undang-undang tertinggi seluruh negara yang menyediakan rangka perundangan untuk undang-undang, perundangan, mahkamah, dan aspek-aspek lain pentadbiran undang-undang. Perlembagaan juga mentakkrifkan kerajaan, raja, dan kuasa-kuasanya, serta hak-hak rakyat.

Sistem kehakiman berganda

Sistem berganda perundangan ini ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Malaysia. Artikel 3 juga menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah hal-hal undang-undang negeri kecuali di Wilayah Persekutuan Malaysia. Undang-undang Islam ini memaksudkan undang-undang syariah. Mahkamah yang berkenaan bergelar Mahkamah Syariah.

Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara. Pertama sekali, undang-undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam. Berhubung dengan undang-undang sivil, mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi, seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad. Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-undang jenayah syariah, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada mengenakan denda tidak lebih RM 3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan.[2] Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia ketika itu mengusul agar hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah.

Kerumitan

Timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem kehakiman berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama. Perkara 11 Perlembagaan menentukan bahawa “setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya”. Namun, dalam kes Lina Joy, seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, Mahkamah Persekutuan Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). Para hakim juga menetapkan bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah Syariah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan.

Undang-undang persekutuan digubal oleh penggubal (ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara) yang bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan dengan seluruh negara. Undang-undang negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di Dewan Undangan Negeri dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan. Perkara 75 Perlembagaan menyatakan bahawa undang-undang persekutuan mengatasi mana-mana undang-undang negeri yang bercanggahan, termasuk undang-undang syariah.

Malaysia Timur

Negeri-negeri Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963, dan terdapat undang-undang khas yang hanya tertakluk pada kedua-dua negeri ini. Satu perkara penting berhubungan ini ialah undang-undang imigresen. Perkara perhubungan lain yang khusus kepada kedua-dua negeri ini ialah kanun tanah. Secara amnya, hal tanah dan pengurusan sumber alam ialah hal undang-undang persekutuan. Bagaimanapun, terdapat peruntukan khas dalam Perlembagaan yang membenarkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak mendirikan perundangan yang berbeza. Contohnya, di semenanjung, Kanun Tanah Negara mentadbir kebanyakan undang-undang berkenaan tanah. Di Sabah, perundangan utamanya ialah Ordinan Tanah Sabah; manakala di Sarawak, Kanun Tanah Sarawak.

Common law

Undang-undang Malaysia boleh dibahagi kepada dua jenis undang-undang—undang-undang bertulis dan adat kebiasaan. Adat kebiasaan ialah undang-undang yang digubal dalam perlembagaan atau dalam perundangan. Adat kebiasaan adalah undang-undang yang tidak terkandung dalam mana-mana statut serta boleh didapati dalam keputusan kes. Ini dikenali sebagai common law atau undang case law. Dalam situasi-situasi di mana tiada undang-undang yang menentukan keadaan tertentu, maka undang Malaysia boleh digunakan. Jika tiada undang Malaysia, maka digunakan undang Inggeris. Ada juga kes-kes Australia, India, dan Singapura yang digunakan sebagai kuasa yang meyakinkan.

Gunaan undang-undang Inggeris atau common law ditentukan dalam statut-statut ini. Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa undang-undang Inggeris boleh digunakan dalam kes-kes di mana tiada perundangan tertentu yang digubal. Begitu juga, dalam konteks undang-undang sivil, Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil membenarkan penggunaan common law Inggeris, peraturan-peraturan ekuiti, dan statut-statut dalam kes-kes sivil Malaysia yang mana tiada undang-undang tertentu pernah digubal. Pada tahun 2007, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Malaysia ketika itu, mempersoal perlunya mengambil jalan keluar dengan common law Inggeris padahal Malaysia sudah setengah abad merdeka[4] dan mencadangkan agar undang-undang tersebut diganti oleh perundangan Islam atau syariah.[3] Namun begitu, Majlis Peguam Malaysia membalas dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian sistem perundangan Malaysia dan tiadanya asas untuk menggantikannya.[5] Rayuan mahkamah ke Majlis Rahsia di England telah dimansuhkan pada tahun 1985.

Prinsip stare decisis juga dikenakan dalam undang-undang Malaysia. Ini bermakna mana-mana keputusan oelh mahkamah yang lebih tinggi dalam hierarki akan mengikat mahkamah lebih rendah.

Hukum adat

Satu lagi sumber adat kebiasaan adalah undang-undang adat. Kebanyakan kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen. Kaum Melayu di Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan terutamanya dengan tempoh pegangan tanah dan pewarisan. Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab bapa.

Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Di Sabah, suatu bentuk hukuman ganjil yang boleh dikenakan Mahkamah Asli ialah sogit, iaitu sebentuk ganti rugi yang mana pesalah diarah membayar dalam bentuk ternakan atau tanaman.  Mahkamah Asli ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di mahkamah-mahkamah utama Malaysia.Di Semenanjung, Mahkamah Penghulu juga serupa peranannya.

Terdapat juga undang-undang adat Cina dan Hindu terutaman berkenaan hal undang-undang keluarga. Namun begitu, berikutan satu enakmen pada tahun 1976 undang-undang ini sudah hilang kuasanya.

  • Sistem Kehakiman

Mahkamah Malaysia

Malaysia ialah sebuah persekutuan tiga belas negeri, dengan hampir semua kuasa kehakiman terletak pada sistem mahkamah persekutuan.

Sejarah

Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.

Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:

  • Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
  • Mahkamah Agung Singapura
  • Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

Pembentukan Malaysia

Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah British yang masih tinggal, telah dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di bawah ini:

  • Mahkamah Tinggi Malaya
  • Mahkamah Tinggi Singapura
  • Mahkamah Tinggi Borneo

Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.

Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.

Rayuan Majlis Privi

Walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia, menurut perjanjian antara Her Majesty The Queen dan Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Artikel 131 daripada Perlembagaan Persekutuan, keputusan kehakiman daripada Mahkamah Persekutuan boleh diambil di atas rayuan ke Judicial Committee of the Privy Council di London.

Rayuan Majlis Privi ke atas perkara jenayah dan perlembagaan telah di mansuhkan pada 1 Januari 1978. Rayuan sivil juga telah dimansuhkan pada 1 Januari 1985, di mana Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula sebagai “Mahkamah Agung Malaysia”.

Reformasi 1994

Dalam tahun 1994, bagi mengekalkan tingkat kedua di dalam sistem rayuan yang telah hilang apabila rayuan-rayuan Majlis Privi telah dibatalkan, Perlembagaan telah diubah untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Malaysia (diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan) dibawah Mahkamah Agong, yang mana sekali lagi dinamakan semula “Mahkamah Persekutuan Malaysia”.

Sebagai sebahagian daripada Malaysia Barat, Mahkamah Tinggi Borneo telah dinamakan “Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak”. The office of Lord President of the Supreme Court was replaced by that of “Chief Justice of Malaysia”, while the Chief Justices of Malaya and Borneo were re-titled “Chief Judge of Malaya” and “Chief Judge of Sabah and Sarawak” respectively. These changes were seen by many in the Opposition as an attempt to downgrade the prestige of the judiciary.

Diadili oleh juri

Sehingga 1995, hak diberi untuk memohon perbicaraan diadili juri – juri yang biasanya terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita – dalam kesemua kes-kes berat (capital cases).

Perbicaraan diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili juri tidak dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat dikendalikan oleh seorang hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi kemudiannya di perkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan Sarawak, perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors, seperti sebelum kemerdekaan.

Pada 1 Januari 1995, perbicaraan diadili juri dimansuhkan di seluruh Malaysia.

Mahkamah Atasan

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:

  • tuntutan melebihi RM10000
  • keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
  • rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;

kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.

Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:

  • kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
  • kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
  • penjagaan kanak-kanak;
  • pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
  • injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
  • kesahan individu.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.

Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Bawahan

Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

Mahkamah Sesyen

Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).

Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

Mahkamah Majistret

Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.

Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.

Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

Mahkamah lain

Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.

Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.

Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.

Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.

Mahkamah Syariah

Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s